Saturday, July 30, 2011

program sembelihan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia.
*bahasa kali ni, agak formal sikit eh.. hehheh.. hv fun :)

Post kali ini, aku nak cerita pasal program sembelihan yang dibuat khas utk pelajar2 tingkatan 4.
Motif acara sembelihan ayam tersebut diadakan adalah untuk menyempurnakan pembelajaran teori di dalam kelas Pendidikan Islam tentang sembelihan. Acara tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memberi penndedahan kepada semua pelajar Tingkatan 4, terutamanya pelajar lelaki tenntang cara-cara sebenar melakukan sembelihan.

Acara sembelihan tersebut berlangsung pada 17 Ogos 2009.  Sejak awal pagi lagi, yakni jam 8 pagi, kami diarahkan berkumpul di surau untuk mendengar taklimat tentang sembelihan daripada ustaz jemputan. Kami turut digalakkan untuk memakai pakaian hitam, demi memudahkan kami membasuh baju tersebut, seandainya terkena darah ayam atau kekotoran yang lain.

ustaz sedang semangat memberi taklimat. :)

Kami sedang khusyuk mendengar taklimat. :D

Setelah mendengar taklimat tentang sembelihan dari ustaz jemputan, kami seterusnya meneruskan agenda utama, yakni, melakukan amali penyembelihan.
Pelajar lelaki diberikan keutamaan untuk melakukan penyembelihan terlebih dahulu.
Namun yang demikian, sebelum kami memulakan amali sembelihan, kami terlebih dahulu ditunjukkan demo sembelihan oleh seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Daerah Hulu Selangor.

Yang pegang ayam tu Ridzwan namanya.. :D

Demonstrasi penyembelihan. =P
Sejurus demo dijalankan, tibalah giliran kami untuk melakukan sembelihan.
Untuk makluman, terdapat hampir 200 ekor ayam untuk disembelih oleh 180 orang pelajar pada hari tersebut.

Ayam disembelih oleh pelajar. :D

Setelah selesai proses penyembelihan, kami, seramai 180 orang pelajar, telah bergotong-royong membuang bulu ayam, memotong dan membasuhnya untuk di masak pada malam hari.







Begitu lah suasana pada hari amali penyembelihan. Semua pelajar tingkatan 4 terlibat dalam program tersebut dari pagi, hingga malam.
Pada malam hari, kami membuat barbeque dan menjemput para pentadbir sekolah serta guru-guru untuk memeriahkan majlis.


Sekian saja coretan kali ini.
Sekian, wasalam. :))

Thursday, July 28, 2011

masuk SEMASHUR.. ---'

Hai... Assalamualaikum.. :D
sebenarnya, motif kewujudan blog ini adalah untuk menceritakan serba sedikit kehidupan aku kat SEMASHUR.
Sebelum pengakhiran, pasti ada permulaan kan..? :)
Melalui post ini, aku nak cerita lah mcm mane aku boleh 'terjerumus' masuk kat SEMASHUR.


Semuanya mula time sebelum PMR lagi.
Adalah 1 hari tu, aku pergi CC --> Cyber Cafe. dengan seorang member nie.. Nama die Alif.
Tengah sronok dok main game ni, tetiba, Alif ajak isi borang permohonan ke SBP.
time tu, aku pun isi lar, tanpa berharap pape.. sbb, trial result aku, xde la hebat sgt pon.. =.-''


Nak dipendekkan ceritanya, pd 30 Disember 2008 pun keluar la keputusan PMR secara rasminya.
then, perkara yang aku xpernah sangka2 pun terjadi..
aku dapat 8A.



Nak dipendekkan ceritanya, aku pun daapat tawaran kemasukan ke SBP pada tahun berikutnya..
itupun 2nd intake.. :')
xkesah la kan intake ke berapa pun..
tp, yang best nya, pengalaman 1st day kat SEMASHUR is, 


aku kena tampar oleh PKHEM merangkap ketua warden..
haha..memang terbaik la kan, student baru yang xtau pape pasal peraturan sekolah tu, kena tampar sebab xpakai songkok time solat maghrib berjemaah kat surau.

Haaa... tu baru pengalaman hari pertama..
Belum hari2 yang lain lagi..
so, kalau nak tau antara pengalaman2 best aku kat SEMASHUR, rajin-rajin la STALK blog ni eh..
:D

Tuesday, July 26, 2011

SEMASHUR??

hye.. ^.~
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
mesti pelik kan, bila bace SEMASHUR kat atas tu..??
hmm.. ni nk cerita ni..
SEMASHUR adalah singkatan kepada Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.
SEMASHUR tu terletak kat Hulu Yam Baru, Batang Kali.
Alamat penuhnya adalah Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Yam Baru, 44300 Batang Kali, Selangor.
Ia terletak kira-kira 30km ke utara Kuala Lumpur.
Lencana SEMASHUR..
Haaaaaaaa.... kat atas ni lencana SEMASHUR.. Lawa kan?? haha.
Kalau nak tahu, SEMASHUR merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ia ditubuhkan pada 2002. Oleh yang demikian, SEMASHUR masih belum dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa seperti SBP yang lain, di mana mereka telah wujud sekian lama, seperti SM Sains Selangor, SM Seri Puteri, dan lain-lain.

ni la die salah 1 blok akademik kat SEMASHUR.. :D
Sebagai maklumat tambahan, pada tahun 2008, SEMASHUR melalui batch 0610 telah berjaya menggondol anugerah sekolah terbaik PMR dalam peringkat SBP. Namun, pada tahun berikutnya, anugerah tersebut tidak dapat dipertahankan oleh batch 0711, dengan hanya mampu menduduki kedudukan ke-7.
Namun begitu, pada tahu lepas, yakni tahun 2010, SEMASHUR telah berjaya merampas kembali kedudukan pertama tersebut melalui batch 0812. Hal ini amat membanggakan semua warga SEMASHUR.

Namun begitu, di peringkat SPM, prestasi akademik SEMASHUR tidaklah begitu membanggakan, apabila pada tahun lepas, yakni tahun 2010, SEMASHUR hanya mampu menduduki tangga ke-18 daripada 56 buah sekolah SBP . Namun, ia masih boleh dibanggakan, apabila terdapat seramai 61 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran, manakala 6 orang dalam kalangan mereka telah mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran. Mereka semua adalah rakan-rakan saya, yakni:

1. Hannan Bin Nazaleq
2. Badran Hamzi Bin Abdul Sahak
3. Muhammad Farhan Bin Muhd Lokman
4. Fatin Sarah Binti Muhd Amin
5. Siti Syahirah Binti Mat Sukhri
6. Asma Hajar Binti Abd. Malek


*blogger ni dpt 8A jerrr.. =.-''

Hebatkan mereka? :)
Selain itu, salah seorang daripada mereka juga telah dinobatkan sebagai pelajar tebaik keseluruhan SBP. Beliau ialah Muhammad Farhan Bin Muhd Lokman. Hal ini demikian kerana, beliau bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malahan juga, kokurikulum.

Kalau sebut tentang SEMASHUR, tak lengkap rasanya kalau takde cerita tentang kehebatan pasukan ragbi SEMASHUR. Pasukan ragbi SEMASHUR telah banyak terlibat dan menjuarai kejohanan di peringkat SBP, negeri, mahupun kebangsaan. Pasukan tersebut juga telah melibatkan diri dalam kancah antarabangsa. Justeru, ragbi telah menjadi salah satu kebitaraan sekolah.

Ni la pasukan ragbi SEMASHUR. =P
Okay.. sampai sini je coretan kali ni.. 
adiyos.. :D