Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Post kali ni Blogger nak cerita tentang program khatam Al-Quran kat SEMASHUR pd tahun 2010.Sebenarnya, program ini adalah program tahunan sekolah. Mengikut tradisi, pelajar tingkatan 5 selaku pelajar yang paling senior di dalam sekolah, diberi penghormatan untuk membacakan ayat-ayat Al-Quran tersebut, yakni dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas.
Majlis tersebut diadakan pada hari nuzul Quran (17 Ramadhan). Program bermula selepas asar. Setiap pelajar tingkatan 5 turut digalakkan untuk memakai jubah atau baju melayu lengkap bagi pelajar lelaki, manakala, baju kurung bagi pelajar perempuan. Pelajar perempuan turut digalakkan untuk memakai jubah(versi wanita).
Tepat jam 5petang, semua pelajar tingkatan 5 dikehendaki berkumpul di hadapan dewan makan dan berarak bersama-sama diiringi paluan kompang menuju ke Surau As-Syakirin,SEMASHUR. Setibanya di surau, semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sudah berada di dalam surau. Kemudian, kami, pelajar lelaki, duduk dengan membentuk satu bulatan besar di bahagian hadapan surau, manakala pelajar perempuan duduk di bahagian tengah surau secara berkelompok.
Kemudian, pelajar lelaki yang membentuk bulatan tadi, seorang demi seorang, memimpin bacaan Al-Quran, manakala, pelajar lain mengikut bacaan tersebut. Setelah selesai majlis, semua pelajar tingkatan 5 diberi bunga telur sebagai penghargaan. Di samping itu, ketua pelajar merangkap ketua pengawas dan ketua tingkatan 5(7th Saviours) yakni Nur Afiq Sulaim turut memberi sepatah dua kata kepada semua pelajar yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan SEMASHUR kelak.
Nur Afiq Sulaim sedang berucap kepada pelajar SEMASHUR. --' |
Setelah selesai mendengar ucapan daripada Nur Afiq Sulaim, semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dibenarkan beredar menuju ke dewan makan untuk melakukan persediaan untuk berbuka puasa.
Manakala, semua pelajar Tingkatan 5 diminta untuk tunggu di surau untuk sesi fotografi.
Setelah selesai bergambar di dalam surau, kami bersepakat untuk berjalan-jalan mengelilingi
kawasan sekolah.
Berikut, adalah antara gambar menarik yang sempat saya perolehi :
berjalan beramai-ramai. :D |
di hadapan dewan. :) |
blogger dan rakan-rakan =P |
di taman berhampiran kantin sekolah. |
di tepi jalan. =.='' |
di dewan makan, bersedia untuk berbuka. :D |
Begitulah suasana pada hari khatam Al-Quran dan berpuasa ketika di SEMASHUR.
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata betapa seronoknya menjalani
ibadah puasa di sekolah asrama.
Sekian saja coretan kali ini.
Sekian, wasalam.
^.~
No comments:
Post a Comment