Sunday, July 31, 2011

Saat-saat Terakhir di SEMASHUR. :'(

Setiap permulaan, pasti ada pengakhiran.


camtu lah lumrah kehidupan.
Kehidupan kat SEMASHUR pun da nak berakhir
SPM yang hampir tiba, menandakan kehidupan 7th Saviours di bumi SEMASHUR
 pun kian hampir ke penghujungnya.
Sebelum, semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 pulang ke rumah untuk berrcuti, 
kitorang (7th saviours) telah mengadakan sesi bermaaf-maafan bersama mereka.
Pada ketika itu juga, kami telah menyanyikan lagu SEMASHUR buat kali terakhir.

*'click' la kat sini.. :)
sebelum tu, 'log in' facebook dulu eh.. :D

Selepas sesi bermaaf-maafan tamat, semua ahli 7th Saviours, diminta untuk
pergi ke dewan untuk sesi mohon restu dengan warga pendidik SEMASHUR pula.

..........................................................................................

Akhirnya pada 23 November 2010, tiba lah detik yang paling penting dalam
hidup seluruh warga 7th Saviours, yakni SPM.
Kami mula menjawab kertas soalan pertama iaitu Kertas Bahasa Melayu pada pukul 8 pagi.
Pada ketika itulah, segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami selama 2tahun, perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Daripada kertas pertama, hinggalah kertas terakhir, yakni kertas Biologi,
Alhamdulillah, kami semua dapat menjawabnya tanpa sebarang masalah.
Berikut, adalah antara gambar pada hari terakhir di SEMASHUR :

Kertas soalan Biologi sedang diedarkan.








Begitulah kegembiraan yang terpancar diwajah setiap ahli 7th Saviours selepas berjaya menghadapi peperiksaan SPM.
Sekian, wasalam :)


Saturday, July 30, 2011

'Dinner' di Flamingo Hotel.. :D

Hai.. Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Post kali ni adalah berkaitan dengan jamuan makan malam yang dianjurkan sendiri oleh 
Batch 7th Saviours 0610, SEMASHUR.

Sudah menjadi tradisi di SEMASHUR, pelajar Tingkatan 5 mengadakan jamuan
makan malam atau 'annual dinner' di hotel mewah di sekitar ibu negara.
Justeru, pelajar Tingkatan 5 SEMASHUR pada tahun 2010 atau lebih dikenali dengan gelaran 7th Saviours,
telah mengadakan jamuan makan malam kami di Hotel Flamingo yang terletak di Ampang.

Jamuan makan malam tersebut, berlangsung pada 15 Oktober 2010, iaitu lebih kurang 
5 minggu sebelum SPM menjelang.
Berdasarkan tentatif majlis, 
semua pelajar dikehendaki berada di hotel pada jam 8 malam.
Seterusnya, majlis akan bermula selepas ketibaan para VIP, iaitu pengetua dan guru-guru.
Majlis diteruskan dengan ucapan ketua Batch iaitu Nur Afiq Sulaim, Pengetua dan YDP PIBG SEMASHUR.

Setelah selesai segala ucapan diucapkan, maka, semua pelajar dan guru pun dijemput untuk menjamah makanan yang disediakan.
Di samping menjamah makanan, para hadirin turut dipersembahkan dengan beberapa persembahan oleh ahli 7th Saviours sendiri.

persembahan nyanyian oleh Farid Ali dan Amir Syauqie.
Selain itu, terdapat juga satu persembahan khas yang dilakukan oleh
Kumpulan K-Pop SEMAASHUR yang ahlinya terdiri daripada 7th Saviours sendiri.
Berikut adalah persembahan khas, yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana batch di SEMASHUR.




lagu manman hani semasa hadirin menjamah makanan. :D



lagu shock, selepas VIP beredar. 
http://www.youtube.com/watch?v=PWhNTWU_lE8&feature=player_embedded


Selepas tamatnya sesi persembahan, tiba la masanya untuk sesi bergambar pula.
Justeru, semua ahli 7th Saviours diminta untuk naik ke atas pentas utama.
Berikut adalah antara gambar yang sempat saya perolehi :


Sebahagian daripada jejaka 7th Saviours. =P



Jelitawan 7th Saviours. :D

7th Saviours. ~,^

Itu lah antara peristiwa menarik yang kami lalui sebelum menghadapi peperiksaan SPM
pada tahun 2010 yang lalu.
Sekian saja coretan kali ini.
Sekian, wasalam.

Majlis Khatam Al-Quran di SEMASHUR.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Post kali ni Blogger nak cerita tentang program khatam Al-Quran kat SEMASHUR pd tahun 2010.Sebenarnya, program ini adalah program tahunan sekolah. Mengikut tradisi, pelajar tingkatan 5 selaku pelajar yang paling senior di dalam sekolah, diberi penghormatan untuk membacakan ayat-ayat Al-Quran tersebut, yakni dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas.

Majlis tersebut diadakan pada hari nuzul Quran (17 Ramadhan). Program bermula selepas asar. Setiap pelajar tingkatan 5 turut digalakkan untuk memakai jubah atau baju melayu lengkap bagi pelajar lelaki, manakala, baju kurung bagi pelajar perempuan. Pelajar perempuan turut digalakkan untuk memakai jubah(versi wanita).

Tepat jam 5petang, semua pelajar tingkatan 5 dikehendaki berkumpul di hadapan dewan makan dan berarak bersama-sama diiringi paluan kompang menuju ke Surau As-Syakirin,SEMASHUR. Setibanya di surau, semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sudah berada di dalam surau. Kemudian, kami, pelajar lelaki, duduk dengan membentuk satu bulatan besar di bahagian hadapan surau, manakala pelajar perempuan duduk di bahagian tengah surau secara berkelompok.

Kemudian, pelajar lelaki yang membentuk bulatan tadi, seorang demi seorang, memimpin bacaan Al-Quran, manakala, pelajar lain mengikut bacaan tersebut. Setelah selesai majlis, semua pelajar tingkatan 5 diberi bunga telur sebagai penghargaan. Di samping itu, ketua pelajar merangkap ketua pengawas dan ketua tingkatan 5(7th Saviours) yakni Nur Afiq Sulaim turut memberi sepatah dua kata kepada semua pelajar yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan SEMASHUR kelak.

Nur Afiq Sulaim sedang berucap kepada pelajar SEMASHUR. --'
Setelah selesai mendengar ucapan daripada Nur Afiq Sulaim, semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dibenarkan beredar menuju ke dewan makan untuk melakukan persediaan untuk berbuka puasa.
Manakala, semua pelajar Tingkatan 5 diminta untuk tunggu di surau untuk sesi fotografi.

Jejaka 7th Saviours




Srikandi 7th Saviours





Setelah selesai bergambar di dalam surau, kami bersepakat untuk berjalan-jalan mengelilingi 
kawasan sekolah.
Berikut, adalah antara gambar menarik yang sempat saya perolehi :

berjalan beramai-ramai. :D


di hadapan dewan. :)
blogger dan rakan-rakan =P
di taman berhampiran kantin sekolah.


di tepi jalan. =.=''
di dewan makan, bersedia untuk berbuka. :D

Begitulah suasana pada hari khatam Al-Quran dan berpuasa ketika di SEMASHUR.
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata betapa seronoknya menjalani 
ibadah puasa di sekolah asrama.
Sekian saja coretan kali ini.
Sekian, wasalam.
^.~